Peribahasa

Latihan Suai Padan

Padankan ayat-ayat berikut dengan peribahasa yang disediakan.
Daud dan Salim bersahabat baik sejak kecil lagi. Mereka telah mengharungi susah dan senang bersama-sama.
Joshua mendapat pujian daripada majikannya, padahal Razali yang bertungkus-lumus menyiapkan projek itu.
Pemimpin kedua-dua buah negara itu berbual-bual sambil bergurau senda.
Para penduduk di rumah pangsa itu sentiasa bersepakat dan bekerjasama semasa mengadakan pelbagai aktiviti.
Adam terlewat bangun tidur hari ini. Dia tiba lewat di sekolah dan dikenakan denda oleh gurunya.
Hasil kerja Danial tidak memuaskan hati guru Sains kerana dibuat secara tergesa-gesa.
Azmi sangat gembira apabila ayahnya menghadiahkan sebuah motosikal yang diidam-idamkannya selama ini.
Malaysia menjadi tumpuan rakyat dari beberapa negara untuk mencari rezeki kerana terdapat banyak peluang pekerjaan.
Walaupun Tengku Nizam ialah anak raja tetapi baginda tetap berkawan dengan rakyat biasa.
Puan Saleha sentiasa mengingatkan anaknya yang sedang melanjutkan pelajaran di luar negara supaya mematuhi peraturan dan undang-undang di sana.