HOME

ADAB BERMUSAFIR

SOALAN SUBJEKTIF

1

  Islam mengharuskan umatnya bermusafir dengan tujuan yang baik.

( a )  Apakah maksud musafir? ( 2 markah )
  ( b ) Huraikan dua adab semasa bermusafir?  [4 markah]
  ( c ) Terangkan dua kesan positif terhadap seseorang yang beradab ketika bermusafir.  [4 markah]
2 Terdapat beberapa hukum ketika bermusafir.
   ( a )  Nyatakan dua hukum tersebut beserta contoh. [4 markah]
  ( b ) Mengapakah digalakkan melantik ketua ketika bermusafir? [4 markah]

 JAWAPAN 

Nombor

 

Jawapan

Catatan / markah

1

( a )  

Maksud musafir:
            Melakukan perjalanan jauh ke suatu tempat lebih dari dua marhalah dengan tujuan baik.

 

 [1 x  2m = 2m ]

  ( b )  

      Dua adab semasa bermusafir:

  •    Memohon petunjuk daripada Allah S.W.T.

  •    Melantik seorang ketua apabila berkumpulan.

  •    Sunat mengucapkan selamt tinggal kepada orang yang ditinggalkan.

  •    Tidak melakukan kerosakan terhadap alam sekitar.

  •    Melakukan solat jamak dan qasar.

 [ 2 x 2m =  4m ]

  ( c )   

     Dua kesan positif terhadap seseorang yang beradab ketika bermusafir:

  •    Perjalanan tersebut mendapat rahmat dan keberkatan daripada Allah S.W.T

  •    Tidak berlaku kerosakan alam sekitar.

  •    Wujud kerjasama dalam kumpulan/ ukhuwah/ persaudaraan.

 [ 2 x 2m =  4m ]

 

2 ( a )

Dua hukum bermusafir:

  • Wajib: Bagi seorang muslim yang berkemampuan bermusafir ke Mekah untuk menunaikan haji dan umrah yang wajib.

  • Sunat: Bermusafir untuk menziarahi tiga buah masjid iaitu Masjid al-Haram, Masjid al-Nabawi, dan Masjid Aqsa serta bermusafir untuk melakukan perkara-perkara sunat seperti menziarahi saudara mara.

  • Harus: Bermusafir ke mana sahaja dengan tujuan yang diharuskan oleh syarak.

  • Makruh: Bermusafir ke tempat-tempat yang haram dikunjungi seperti pusat-pusat maksiat atau menyaksikan pesta-pesta maksiat.
     

 [ 2 x 2m =  4m ]

 

  ( b )

     Sebab-sebab digalakkan melantik ketua ketika bermusafir:

  •    Supaya perjalanan mendapat keberkatan dan rahmat daripada Allah S.W.T

  •    Supaya ketua yang dilantik dapat menyelesaikan sesuatu pertelingkahan yang berlaku.

  •    Supaya sentiasa berdisiplin dalam semua perkara yang dilakukan.

  •    Supaya terhindar daripada melakukan maksiat dan kejahatan.

 

 [ 2 x 2m =  4m ]