Antara berikut, yang manakah bukan liabiliti perniagaan ?
Pemiutang
Overdraf bank
Pinjaman kepada rakan kongsi
Gadai janji
Antara berikut, yang manakah bukan belanja perniagaan ?
Sewa dibayar
Alat tulis
Upah pekerja
Komisen diterima
Apabila sesebuah entiti perniagaan membeli perabot secara kredit, maka
aset dan modalnya bertambah dengan jumlah yang sama.
liabiliti dan modalnya bertambah dengan jumlah yang sama.
aset dan liabilitinya bertambah dengan jumlah yang sama.
aset liabiliti dan modalnya bertambah dengan jumlah yang sama.
Antara berikut, yang manakah adalah tepat ?
Ambilan tidak mempunyai kesan ke atas modal.
Ambilan mengurangkan untung.
Hasil menambahkan untung tetapi tiada kesan ke atas modal.
Belanja mengurangkan aset dan menambahkan liabiliti.
Modal pada 30 Jun 20x7 ialah RM 50 000, hasil dan belanja bagi tahun tersebut masing-masing adalah sebanyak RM 35 000 dan RM 27 000. Hitungkan jumlah modal pada 1 Julai 20x6.
RM 42 000
RM 58 000
RM 62 000
RM 112 000
Urusniaga kewangan mempunyai kesan ke atas persamaan perakaunan. Belanja dikenakan akan mengurangkan
hasil dan aset.
aset dan ekuiti pemilik.
liabiliti dan ekuiti pemilik.
liabiliti dan aset.
Sesebuah perniagaan memberikan diskaun sebanyak RM 135 kepada penghutangnya. Apakah kesan urusniaga tersebut ?
Tunai bertambah sebanyak RM 135 dan modal berkurang sebanyak RM 135.
Kedua-dua tunai dan penghutang berkurang sebanyak RM 135.
Kedua-dua tunai dan modal berkurang sebanyak RM 135.
Jumlah aset dan modal berkurang dengan jumlah yang sama.
Antara berikut, yang manakah merupakan rumus bagi persamaan perakaunan ?
Aset = Liabiliti + Ekuiti Pemilik
Aset = Liabiliti - Ekuiti Pemilik
Liabiliti = Ekuiti Pemilik + Aset
Ekuiti Pemilik = Aset + Liabiliti
Sebuah syarikat mempunyai modal RM 60 000. Aset bukan semasanya berjumlah RM 35 000 dan liabiliti semasanya adalah sebanyak RM 16 000. Diandaikan tiada liabiliti bukan semasa, berapakah jumlah aset semasa ?
RM 9 000
RM 19 000
RM 25 000
RM 41 000
Antara berikut, yang manakah merupakan kesannya ke atas aset dan liabiliti apabila sebuah perniagaan menjelaskan hutangnya dengan cek ?
aset berkurang.
aset berkurang dan liabiliti bertambah.
aset dan liabiliti bertambah dengan jumlah yang sama.
aset dan liabiliti berkurang dengan jumlah yang sama.