Selamat datang ke portal BTPNKL
Mesyuarat/Taklimat JK Taskforce Makmal Komputer & Pusat Akses Bermasaalah Letrik
Written by Abdul Hamid   
Thursday, 30 October 2014 13:06

Pada hari Khamis 30 Oktober 2014 jam 8.30 pagi telah diadakan Mesyuarat/Taklimat JK Taskforce Makmal Komputer & Pusat Akses Bermasaalah Letrik. Mesyuarat / Taklimat ini telah dipengerusikan oleh En Hazri Penolong Pengarah BTPNWPKL mewakili Tn KPP BTPNWPKL. Turut serta dalam mesyuarat dan taklimat ini pegawai dari Unit Pembangunan JPWPKL, dua orang pegawai dari JKR, wakil T.Pengarah PPWSentul, PPWKeramat,PPWBangsarPudu dan pegawai PTP Unit ICT dan PTP PKGKL.

mesyuarat/taklimat JKTF ML

Last Updated on Friday, 31 October 2014 08:36
 
BAHAN TAKLIMAT PENYELENGGARAN PERALATAN ICT SEKOLAH
Written by Abdul Hamid   
Monday, 20 October 2014 00:00

Bahan Pembentangan Oleh MHS Resources Sdn Bhd telah ditaklimatkan pada tarikh 20 Oktober 2014, masa 2.00 petang yang bertempat di Bilik Cempaka 1 BTPNWPKL.

Pihak sekolah boleh mendapatkan bahan dan maklumat tatacara penyelenggaraan peralatan ict di sekolah pada pautan butang UPICT di atas.

Last Updated on Tuesday, 28 October 2014 09:12
 
MAJLIS PENYAMPAIAN HADIAH PERTANDINGAN MEMBACA PROGRAM NILAM 2014 WPKL
Written by Abdul Hamid   
Wednesday, 08 October 2014 00:00

Tempat: Dewan Sekolah Menengah Agama Mahlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (SMA MAIWP) Tarikh: 8 Oktober 2014 ( Rabu )Masa: 8:00 pg - 11:30 pg

Majlis dimulakan dengan ucapan alu-aluan oleh En Zainuddin B. Hj. Othman ( Ketua Penolong Pengarah BTPNWPKL ) diikuti dengan ucapan perasmian oleh YBhg. Datin Nawal Bt Salleh ( Pengarah Pendidikan JPWP ).  Majlis juga turut dihadiri oleh Pn Latifah Bt Mahfod ( Naib Pengerusi 4PSM ).

Untuk maklumat selanjutnya klik pautan ini http://upspbtpnkl.blogspot.com/2014/10/majlis-penyampaian-hadiah-pertandingan.html

Majlis Penyampaian Hadiah NILAM

Last Updated on Friday, 10 October 2014 08:36
 
Perhimpunan Bulanan JPWPKL 2014
Written by Abdul Hamid   
Thursday, 25 September 2014 16:14

Pada 24 Sept 2014 BPNWPKL telah menjadi pengelola untuk Perhimpunan Bulanan JPWPKL. Majlis telah dapat dilaksanakan dengan jaya dan lancar. Acara dimulakan dengan nyanyian lagu Negaraku, Lagu Wilayah Persekutuan dan doa. Tn KPP memulakan dengan ucapan alu-aluan dan diikuti dengan ucapan dari wakil Pengarah Pendidikan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur Tn Tajuddin Timbalan Pengarah Pendidikan PPW Keramat. Majlis diteruskan dengan acara acara penyampaian harijadi, pegawai cemerlang, sumbangan dari badan kebajikan JPWP dan Penyerahan Watikah kepada Pengelola Penhimpuan Bulanan bagi bulan Oktober 2014. Acara diakhiri dengan nyanyian Lagu Ramsi JPWPKL.

Last Updated on Thursday, 25 September 2014 16:28
 
Khemah Membaca 2014
Written by Abdul Hamid   
Wednesday, 17 September 2014 09:27

Tarikh: 08 hingga 11 September 2014, Selama: 4 hari,3 malam. Tempat:Kem Bumi Jati, Shah Alam

Program Khemah Membaca adalah satu platform pemberian insentif kepada murid yang gigih dan telah mencapai tahap pembacaan yang boleh dibanggakan melalui Program NILAM di sekolah masing-masing berasaskan ciri-ciri kepimpinan kebolehan, personaliti, ketrampilan diri dan kematangan murid.Program ini mengumpulkan murid-murid yang terpilih dari sekolah -   sekolah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dalam satu jangka masa tertentu   untuk melibatkan diri dalam pelbagai aktiviti pembacaan dan tugasan yang berteraskan pelajaran. Oleh itu, para peserta dapat berinteraksi, bekerjasama ,mendapat pendedahan tentang pembacaan dan menimba ilmu semasa menjayakan aktiviti atau tugasan yang disediakan.Program Khemah Membaca 2014,  anjuran Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Kuala Lumpur ( BTPNWPKL ) telah dilaksanakan di Kem Bumi Jati pada 8 hingga 11  September 2014. Seramai 36 orang peserta yang terdiri daripada  17 orang  murid sekolah menengah dan 19 orang murid sekolah rendah telah menyertai program ini.

Tokoh Nilam 2014

Untuk mengetahui dengan lebih lanjut sila klik pautan ini http://upspbtpnkl.blogspot.com

Last Updated on Wednesday, 17 September 2014 09:55
 
«StartPrev12345678910NextEnd»

Page 1 of 37