Info Pelawat

mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter
mod_vvisit_counterToday387
mod_vvisit_counterYesterday645
mod_vvisit_counterThis week1032
mod_vvisit_counterLast week6306
mod_vvisit_counterThis month22863
mod_vvisit_counterLast month19900
mod_vvisit_counterAll2078440

Online (20 minutes ago): 22
Your IP: 54.204.234.61
,
Now is: 2017-03-27 12:42
SELAMAT DATANG KE PORTAL BTPNKL
Taklimat Pelaksanaan BOSOT 2017
Written by Rusli bin Kemat   
Wednesday, 15 February 2017 09:28

Rabu | 15 Februari 2017M | 18 Jamadilawal 1438H | Taklimat Penglaksanaan Blue Ocean Strategy Online Training (BOSOT) telah disampaikan oleh Encik Mustapa Alba bin Umar berdasarkan dapatan maklumat yang telah beliau terima di Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Selangor pada bulan lepas. Seramai lapan orang Pegawai Teknologi Pendidikan dari Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur akan terlibat dalam ujian BOSOT yang akan dijalankan tidak lama lagi.

 
Pengambilan Chromebook Yang Telah Dibaiki Pusingan Ketiga
Written by Rusli bin Kemat   
Wednesday, 15 February 2017 15:05

Rabu | 8 Februari 2017M | 11 Jamadilawal 1438H | Pemulangan ChromeBook yang telah dibaiki bateri yang mengelembung telah masuk ke Fasa 3 (terakhir). Sebanyak 23 buah sekolah di seluruh Kuala Lumpur telah terlibat dalam proses pemulangan kali ini yang membabitkan jumlah peralatan sebanyak 238 buah ChromeBook.

 
Bengkel Pelupusan Fail Am Dan Kewangan 2017
Written by Rusli bin Kemat   
Wednesday, 08 February 2017 14:53

Rabu | 8 Februari 2017M | 11 Jamadilawal 1438H | Bengkel yang telah dijalankan selama 2 hari bermula pada 6 hingga 7 Februari 2017 melibatkan semua Pegawai Teknologi Pendidikan dan semua staf Unit Pengurusan Strategik, Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Objektif utama bengkel ini diadakan adalah untuk melupuskan fail-fail lama mengikut tatacara yang betul.

Last Updated on Thursday, 16 February 2017 09:43
 
Majlis Sulaman Kasih Junjungan Budi Dan Bakti
Written by Rusli bin Kemat   
Tuesday, 07 February 2017 13:59

Selasa | 7 Februari 2017M | 10 Jamadilawal 1438H | Bertempat di Sekolah Kebangsaan Kementah, Kuala Lumpur, telah berlangsung majlis persaraan dan perpisahan Tuan Haji Hamid bin Masdewi. Majlis yang telah dihadiri oleh Penolong Pengarah Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (BTPN WPKL) iaitu Encik Mustapa Alba bin Umar yang mewakili Tuan Ketua Penolong Pengarah BTPN WPKL.

Last Updated on Thursday, 16 February 2017 08:51
 
Pelancaran Program Jom Ke Sekolah Peringkat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Written by Rusli bin Kemat   
Monday, 06 February 2017 13:43

Isnin6 Februari 2017M9 Jamadilawal 1438H | Bertempat di Dewan Gemilang, Sekolah Menengah Kebangsaan Sentul Utama, Kuala Lumpur, Dato' Hajah Foziah binti Buang telah merasmikan Pelancaran Program Jom Ke Sekolah Peringkat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Majlis ini yang turut dihadiri oleh Dato' Amar Singh Ishar Singh serta pegawai-pegawai Polis Kuala Lumpur.

Program Jom Ke Sekolah adalah merupakan program kolaboratif antara Kementerian Pendidikan Malaysia dan Polis Diraja Malaysia bagi menangani masalah disiplin dan salah laku murid. Penglibatan pihak polis dalam kawasan sekolah adalah melalui Pegawai Perhubungan Sekolah (PPS) di semua sekolah Kementerian Pendidikan Malaysia.


 

Last Updated on Wednesday, 15 February 2017 13:47
 
«StartPrev12345678910NextEnd»

Page 4 of 74
Joomla 1.5 themes by Lonex.

Dasar Privasi | Dasar Keselamatan | Penafian | Hakcipta | W3C CSS | W3C XHTML



Paparan Terbaik : Internet Explorer 7.0 dan ke atas (1024 x 768 pixels)
© Hakcipta oleh Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur 2010 ©