Info Pelawat

mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter
mod_vvisit_counterToday383
mod_vvisit_counterYesterday645
mod_vvisit_counterThis week1028
mod_vvisit_counterLast week6306
mod_vvisit_counterThis month22859
mod_vvisit_counterLast month19900
mod_vvisit_counterAll2078436

Online (20 minutes ago): 21
Your IP: 54.204.234.61
,
Now is: 2017-03-27 12:39
SELAMAT DATANG KE PORTAL BTPNKL
Majlis Perhimpunan Bulanan Peringkat BTPN WPKL Bilangan 1/2017
Written by Rusli bin Kemat   
Friday, 27 January 2017 13:39

Jumaat | 27 Januari 2017M | 28 Rabiulawal1438H | Majlis perhimpuan pertama pada tahun ini telah mendapat sentuhan kreativiti dari Unit Media Dan Inovasi Pendidikan yang menampilkan pelbagai bentuk kelainan pengurusan majlis. Bermula dari skrip pengacara, disusuli dengan tayangan multimedia serta paparan susun atur majlis telah dipersembahan melalui kreativiti UMIP.

Majlis ini juga turun dijadikan platform untuk perkongsian ilmu penjagaan kesihatan diri dari penyakit kanser. Penceramah jemputan khas dari MAKNA iaitu Encik Roslan bin Ahmad telah menerangkan kepada semua warga BTPN WPKL tentang kaedah pencegahan awal penyakit kanser yang boleh dilakukan sendiri di rumah.

Encik Zainuddin bin Haji Othman telah sudi menyampaikan hadiah-hadiah kepada para pemenang Pertandingan Badminton anjuran Badan Kebajikan BTPN WPKL. Tidak dilupakan juga, beliau juga turut menyampaikan sedikit sumbangan wang kebajikan kepada ahli yang mengalami kematian keluarga tercinta.

Last Updated on Wednesday, 15 February 2017 13:48
 
Bengkel Penyelarasan Dan Pemeriksaan e-Data Bilangan 1/2017
Written by Rusli bin Kemat   
Wednesday, 25 January 2017 13:25

Rabu | 25 Januari 2017M | 26 Rabiulakhir 1438H | Bengkel yang dilangsungkan selama 2 hari bermula pada 24 hingga 25 Januari, 2017, Unit Pembestarian Sekolah (UBEST) telah menyelaras dan memeriksa semua e-Data dari semua sekolah-sekolah di Kuala Lumpur. Semua Pegawai Teknologi Pendidikan dan Juruteknik Komputer dari seluruh Pusat Kegiatan Guru Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur telah menghadiri bengkel yang telah dijalankan di Bilik Cempaka 1, Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Last Updated on Wednesday, 15 February 2017 13:49
 
Mesyuarat Agung Kali Ke-8 Persatuan Perpustakaan Sekolah Kuala Lumpur
Written by Rusli bin Kemat   
Friday, 20 January 2017 11:31

Jumaat | 20 Januari 2017M | 21 Rabiulakhir 1438H | Mesyuarat tahunan yang berlangsung julung kali ini telah dipengerusikan oleh Ketua Penolong Pengarah Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Encik Zainuddin bin Haji Othman selaku penasihat kepada persatuan ini. Mesyuarat kali ini juga telah memilih Pengerusi dan Jawatankuasa yang baru yang akan menguruskan segala aktiviti persatuan ini selama 2 tahun yang akan datang.


Last Updated on Wednesday, 15 February 2017 13:49
 
Bengkel Pusat Sumber Sekolah Dan NILAM Yang Ditambahbaik
Written by Rusli bin Kemat   
Wednesday, 18 January 2017 11:25

Rabu | 18 Januari 2017M | 19 Rabiulakhir 1438H | Unit Pengurusan Sumber Pendidikan telah mengadakan Bengkel NILAM dan PSS yang telah ditambahbaik kepada 19 orang pegawai di Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri WPKL dan Pusat Kegiatan Guru (PKG). Bengkel ini telah menerangkan beberapa penambaikan pengurusan NILAM dan PSS yang terkini, dapatan daripada Sektor Pengurusan Sumber Pendidikan di Bahagian Teknologi Pendidikan (BTP), Bukit Kiara. Dokumentasi terbaru daripada BTP ini masih ditambahbaik dari semasa ke semasa. Sebarang perubahan terkini akan dipanjangkan oleh Puan Rosilawati binti Maabar (NILAM) dan Puan Arinawati binti Mohd Yassin (PSS) untuk disampaikan kepada Pegawai PKG ke Guru Perpustakaan dan Media sekolah mengikut zon PKG masing-masing.

Last Updated on Wednesday, 15 February 2017 13:50
 
Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Kewangan Dan Akuan Bilangan 1/2017 Serta Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Aset Kerajaan Bilangan 1/2017
Written by Rusli bin Kemat   
Thursday, 19 January 2017 16:31

Khamis | 19 Januari 2017M | 20 Rabiulakhir 1438H | Mesyuarat yang telah dipengerusikan oleh Encik Zainuddin bin Haji Othman ini telah dihadiri oleh semua pegawai di Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan dari semua Pusat Kegiatan Guru Kuala Lumpur.

 
«StartPrev12345678910NextEnd»

Page 5 of 74
Joomla 1.5 themes by Lonex.

Dasar Privasi | Dasar Keselamatan | Penafian | Hakcipta | W3C CSS | W3C XHTML



Paparan Terbaik : Internet Explorer 7.0 dan ke atas (1024 x 768 pixels)
© Hakcipta oleh Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur 2010 ©