Info Pelawat

mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter
mod_vvisit_counterToday134
mod_vvisit_counterYesterday422
mod_vvisit_counterThis week556
mod_vvisit_counterLast week3595
mod_vvisit_counterThis month134
mod_vvisit_counterLast month17044
mod_vvisit_counterAll2098870

Online (20 minutes ago): 7
Your IP: 54.80.203.145
,
Now is: 2017-05-01 08:28
Lawatan VVIP ke ProfPen  E-mail
Saturday, 29 August 2009 16:34

Mesyuarat Penyelarasan Penstrukturan JPWPKL/PPKL/JPWP Labuan/JPWP Putrajaya telah diadakan di Bilik Mesyuarat BTPN WP Kuala Lumpur pada 24 Ogos 2009. Mesyuarat itu telah dipengerusikan oleh Yang Berbahgia Datuk Noor Rezan binti Bapoo Hashim, Timbalan KPPM, Kementerian Pelajaran Malaysia. Turut hadir di mesyuarat tersebut ialah Datuk Kamaruzaman bin Mohd Noh, Timbalan KSU, Kementerian Pelajaran Malaysia dan juga wakil-wakil dari Jabatan Pelajaran Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan serta wakil-wakil dari Kementerian Pelajaran Malaysia.


 Datuk Noor Rezan dan ahli mesyuarat yang lain telah juga melawat ke Galeri Bestari, BTPN WP KL di mana telah diberi taklimat oleh pegawai-pegawai BTPN mengenai EduWeb TV, CERDIKNet, CDRI dan Pusat Akses.

 

 

Di ProfPen,  KPP BTPNKL, En. Mohd Sanusi Saeetharan b. Abdullah,  telah memberi taklimat mengenai perkembangan ProfPen kepada tetamu yang hadir. Datuk Noor Rezan telah menyarankan agar projek ProfPen ini diperkembangkan dengan kerjasama JPWP dalam membantu para pendidik  mendapatkan bahan-bahan untuk dibuat kajian tindakan dan juga dalam meningkatkan profesionalisme mereka. Beliau juga mengucapkan tahniah kepada BTPN yang telah mengambil beberapa inisiatif untuk mempeluaskan ProfPen dengan jayanya.

 

Last Updated on Thursday, 10 September 2009 14:33
 
Perasmian Galeri PKG Bangsar
Monday, 27 July 2009 18:12

PERASMIAN Galeri PKG Bangsar telah pun disempurnakan oleh Encik Mohd Sanusi Saseetharan Bin Abdullah , Ketua Penolong Pengarah BTPNWPKL pada 7 Julai 2009 yang lalu.

Majlis perasmian yang dibuat secara ringkas ini telah dihadiri oleh para pegawai dari BTPNWPKL dan juga PTP PKG yang turut menghadiri Kursus Joomla di PKG Bangsar.

 

 
 

 

 
  

 

Galeri ini pada asalnya merupakan pejabat lama PKG Bangsar. Proses pengubahsuaian mengambil masa lebih kurang dua bulan dari kerja pembinaan, ubahsuai sehinggalah kerja  kemasan lantai dan siling yang terakhir.

Pameran Fotografi yang memenuhi ruang pameran di dalam galeri ini adalah hasil karya AJK Kelab Fotografi iaitu En. Salim Mohd Dom, Encik Shamsul Kamal Zakaria dan Encik Mohd Noor Sabar.

Berbagai tema dan teknik fotografi  yang dipamerkan meliputi alam semulajadi, manusia dan haiwan dengan pelbagai komposisi dan teknik suntingan foto Adobe Photoshop serta foto jalanan . Pameran ini bukan sahaja dapat memperluaskan idea para pencinta fotografi untuk terus berkarya malahan dapat menarik minat sesiapa sahaja yang melihatnya.

Sejarar dengan fotografi yang merupakan niche area bagi PKG Bangsar, maka dengan adanya galeri ini akan  melengkapkan lagi keperluan selain dari meningkatkan minat ahli Kelab Fotografi Persatuan Perpustakaan Sekolah Kuala Lumpur agar terus maju berkarya di PKG Bangsar.

Dalam ucapan Ketua Penolong Pengarah, beliau telah mengucapkan tahniah di atas inisiatif dan tindakan proaktif yang telah diambil oleh Cik Hjh Narizah , PTP DGA34 dan Pegawai PKG Bangsar yang berjaya merealisasikan Galeri tersebut. Walaubagaimanapun beliau berharap agar galeri akan menempatkan produk dan bahan Bahagian Teknologi Pendidikan, BTPNKL dan PKG selaras dengan Visi dan Misi kita.

 

 

 

 

 

Last Updated on Thursday, 20 August 2009 13:01
 
Bengkel Adobe Photoshop CS4 oleh Kelab Fotografi
Monday, 27 July 2009 13:14

 Kelab Fotografi telah berjaya menjalankan aktiviti keduanya  di PKG Bangsar pada hari sabtu 25 Julai 2009 yang lalu.

Encik Shamsul Kamal selaku AJK Kelab Fotografi juga sebagai penceramah telah dibantu oleh Encik Junaidi ,tenaga pengajar dari Institut latihan Perindustrian untuk menjalankan Bengkel Adobe Photoshop CS4  ini.

 

 

Aktiviti ini dimeriahkan lagi dengan kehadiran Cik Hjh Narizah Mohd Yusoff ,mantan PTP BTPNWPKL dan juga pengasas penubuhan kelab dan galeri  serta beberapa AJK  seperti Encik Mohd Noor Sabar dari BTP KPM dan juga Encik Putra b Ahmad, Guru Besar SK Sungai Besi.

Seramai 20 orang peserta terdiri dari ahli Kelab Fotografi telah dipilih dan dijemput untuk menghadiri bengkel ini. Antara pengisian bengkel ialah asas Adobe Photoshope CS4 untuk suntingan foto.

Acara kemuncak bagi bengkel ini ialah lawatan dan penerangan khas ke Galeri PKG Bangsar yang terletak di tingkat atas bangunan PKG. Kewujudan ke galeri ini telah memberikan satu kejutan khasnya kepada  penceramah dan AJK Kelab Fotografi serta peserta yang hadir.

Kekaguman mereka melihat keindahan seni binaan dalaman galeri ini bertambah apabila melihat bahan yang dipamerkan adalah hasil kerja mereka sendiri dan selari dengan tajuk bengkel yang sedang dijalankan.

 


 

Menurut Encik Shamsul Kamal, "Belum pernah saya lihat dan saya tidak menyangka sama sekali wujudnya Galeri yang begitu ekslusif sekali ada di PKG Bangsar. Ini menunjukkan begitu seriusnya pihak BTPNKL dan PKG Bangsar di dalam bidang Fotografi".

Beliau juga akan menwar-warkan kepada ASFON Malaysia mengenai kewujudan galeri ini dan juga berhasrat untuk menjalankan aktiviti bersama ASFON dan Kelab Fotografi di PKG Bangsar pada masa yang akan datang.

Peserta, penceramah dan AJK Kelab Fotografi   mengucapkan setinggi-tinggi tahniah dan syabas kepada pihak BTPNWPKL dan juga PKG Bangsar dengan wujudnya Galeri PKG Bangsar. 

Menurut Cik Hjh Narizah, beliau sangat teruja dan mengharapkan agar Kelab Fotografi dapat menjalankan aktiviti dengan sebaik mungkin .Adalah menjadi harapan beliau agar Kelab Fotografi ini akan berjaya di persada seni Fotografi dan beliau sentiasa  memberi sokongan moral bagi kelab ini.Selain itu beliau juga mengucapkan tahniah kepada semua pihak yang terlibat dari peringkat awal perancangan, pembinaan sehinggalah terbinanya galeri ini.

 Encik Mohd Noor Sabar bercadang untuk mengadakan bengkel asas fotografi sebelum ahli kelab ini dibawa untuk pengambaran di luar (outings) untuk subjek alam semulajadi.

 


 

 

.

Last Updated on Tuesday, 28 July 2009 00:03
 
Laporan EDUWEBTV PKG Bangsar
Tuesday, 07 July 2009 11:48

 LAPORAN

Program Khidmat Bantu 2 dalam 1 iaitu Pemantauan dan Bengkel Penggunaan Eduweb TV  dijalankan serentak pada 7 Mei 2009 di SMK (P) Methodist, Jalan Cenderasari, Kuala Lumpur.

Sebelum Bengkel separuh hari ini dijalankan, proses pemantauan PSS dan ICT telah dilaksanakan pada waktu pagi dan diikuti  dengan Penggunaan Eduweb  TV ini telah dihadiri seramai 12 orang peserta yang merupakan  Pengetua, Ketua Bidang dan juga Guru Penyelaras Bestari sekolah tersebut. Manakala dua  orang Pegawai Teknologi Pendidikan dari  Pusat Kegiatan Guru (PKG) Bangsar , En. Zaini bin Mohd Endot dan Pn. Rosilawati Maabar merupakan fasilitator bengkel.

Bengkel sehari ini  merupakan salah satu Program Khidmat Bantu 2dalam 1yang diberikan kepada sekolah ahli Pusat Kegiatan Guru  Bangsar di mana objektifnya ialah memberi pendedahan kepada guru selain dari memantapkan lagi penggunaan Eduweb TV didalam proses pengajaran dan pembelajaran mereka di sekolah.                                   

Antara pengisian bengkel adalah:  

1.           Penggunaan EduWeb TV

a. memahami fungsi EduWeb TV

b. pendaftaran pengguna Eduweb TV

c. menyenarai playlist

Bengkel  yang memberi latihan ’hands-on’ telah dijalankan dengan begitu menarik  sekali dan mendapat tumpuan yang sepenuhnya dari para peserta.

Selain itu beberapa demonstrasi teknik menjalankan P&P menggunakan Eduweb TV juga telah diajar kepada peserta untuk memudahkan proses P& P yang dijalankan oleh guru dan murid dari rumah mereka.

Semasa bengkel ini dijalankan, para peserta telahpun berjaya mendaftar sebagai pengguna Eduweb TV dan juga playlist bagi setiap subjek yang diajar.

Pengetua sekolah juga amat berpuashati dengan kemahiran yang telah diperolehi dan amat berterimakasih kepada dua orang fasilitator yang telah berjaya menjalankan bengkel  dengan begitu baik sekali.

 Dengan adanya Khidmat Bantu Media yang berasaskan bengkel Penggunaan Eduweb TV  ini, BTPNWPKL khususnya PKG Bangsar berharap agar peserta yang telah diberi latihan ini dapat mengembangkan kemahiran kepada warga guru di sekolah tersebut selain dari  dapat mewujudkan budaya penggunaan teknologi pendidikan dan media di  sekolah  selaras dengan Visi BTPNWPKL.

Disediakan oleh:

Rosilawati Maabar, PTP PKG Bangsar

 

Last Updated on Saturday, 01 August 2009 22:02
 
Anugerah NILAM Kebangsaan 2009
Written by admin   
Thursday, 16 July 2009 22:55

Pada 14 Julai 2009 (Selasa), Majlis Anugerah  NILAM Kebangsaan 2009 telah diadakan di Auditorium Bahagian Teknologi Pendidikan  (BTP), Kementerian Pelajaran Malaysia. Penganugerahan Tokoh NILAM 2009 ini diadakan sebagai penghargaan kepada semua calon Tokoh NILAM yang terpilih mewakili negeri masing-masing dalam sesi penghakiman Tokoh NILAM Kebangsaan.

 

Buat kali pertama, Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Wilayah Persekutuian, Kuala Lumpur telah mencatat sejarah apabila calon Nilam kita iaitu Nur Fatihah Athirah bt Muhamad dari SK Convent Bkt Nanas 1 telah berjaya dinobatkan Naib Johan Kategori Sekolah Rendah Bandar.

Majlis Penyampaian Hadiah telah disempurnakan oleh YBhg Tan Sri Dato' Hj Alimuddin b. Hj Mohd Dom, Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia. Antara ucapan beliau telah menyarankan agar program yang murni ini diteruskan demi melahirkan generasi yang gemar membaca dan dapat melahirkan tokoh murid yang bertrampilan, mempunyai sifat kepimpinan, berani dan berkelayakan serta berpengalaman luas.

 Warga Pendidikan Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur mengucapkan tahniah dan syabas kepada Guru Pembimbing, Pegawai BTPN dan PKG serta Jurulatih Utama di atas pencapaian cemerlang  NILAM iaitu Nur Fatihah Athirah bt Muhamad yang dinobatkan sebagai Naib Johan NILAM Kebangsaan 2009 . Semoga kejayaan ini menjadi pemangkin kecemerlangan pencapaian Program NILAM di Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur pada masa akan datang.

Last Updated on Thursday, 16 July 2009 23:32
 
«StartPrev7172737475NextEnd»

Page 74 of 75
Joomla 1.5 themes by Lonex.

Dasar Privasi | Dasar Keselamatan | Penafian | Hakcipta | W3C CSS | W3C XHTML



Paparan Terbaik : Internet Explorer 7.0 dan ke atas (1024 x 768 pixels)
© Hakcipta oleh Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur 2010 ©