Info Pelawat

mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter
mod_vvisit_counterToday132
mod_vvisit_counterYesterday422
mod_vvisit_counterThis week554
mod_vvisit_counterLast week3595
mod_vvisit_counterThis month132
mod_vvisit_counterLast month17044
mod_vvisit_counterAll2098868

Online (20 minutes ago): 6
Your IP: 54.80.203.145
,
Now is: 2017-05-01 08:22

 

Bengkel Fotografi 2017 (Potret)

Bengkel Fotografi 2017

Khamis | 30 Mac 2017M | 2 Rejab 1438H | Seramai 12 orang pegawai dan juruteknik Komputer telah mengikuti Bengkel Fotografi 2017 anjuran Unit Pembangunan Kapasiti Profesionalisme dan Unit Media dan Inovasi Pendidikan.  Bengkel yang dijalankan selama 4 hari bermula pada hari Isnin, 27 Mac 2017 sehingga hari khamis,  30 Mac 2017 adalah bertujuan untuk meningkatkan kemahiran fotografi.  Tugasan peserta bengkel kali ini ini adalah mengambil gambar potret yang boleh digunakan untuk menghasilkan poster atau kata-kata motivasi.

Urusetia telah menjemput Encik Mohamad Sharulnizam bin Latif penceramah dari Unit Media dan Inovasi Pendidikan, Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Selangor.  Selain mencurahkan ilmu, beliau telah berkongsi pengalaman pahit dan manis sepanjang terlibat dengan bidang fotografi.  Majlis penutupan telah disempurnakan oleh Encik Zainuddin bin Haji Othman, Ketua Penolong Pengarah, Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Wilayah Persektuan Kuala Lumpur.  Semasa ucapan penutupannya beliau berharap agar peserta menggunakan ilmu yang diperolehi untuk berkarya dan meningkatkan kreativiti diri. Beliau juga menyebut, "Bukan kamera yang penting, tetapi orang yang mengendalikannya".


 

Bengkel Asas Server (Pelayan)

Bengkel Asas Server

Khamis | 23 Mac 2017M | 24 Jamadil Akhir 1438H | Bengkel ini adalah kolaborasi antara BTPN WPKL dengan Pusat GiatMARA Cheras.  Peserta bengkel terdiri daripada pegawai Unit Pembestarian Sekolah, Penolong Pegawai Teknologi Maklumat dan Juruteknik Komputer. Penceramah bengkel ini adalah Puan Rosmawati binti Abdullah dari Pusat GiatMARA Cheras dan dibantu oleh Encik Muhamad Khairul Amirin bin Mohd Zaini, pelatih Pusat GiatMARA Cheras.

Bengkel yang berlangsung selama 4 hari ini, telah meningkatkan keyakinan dan kompetensi peserta dalam mengendalikan pelayan komputer sama ada dari segi teknikal mahupun perisian.

Majlis penutupan bengkel ini telah disempurnakan oleh Encik Zainuddin bin Haji Othman, Ketua Penolong Pengarah, BTPN WPKL.  Dalam ucapannya beliau berharap kerjasama dengan Pusat GiatMARA Cheras akan berterusan.


 

Selamat Datang Encik Thanesh

En Thanesh

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Rabu | 22 Mac 2017M | 23 Jamadil Akhir 1438H | Seluruh warga BTPN WPKL mengucapkan selamat datang dan selamat bertugas kepada Pegawai Teknologi Pendidikan yang baru iaitu Encik Thanesh Balakrishnan yang bertukar dari Pusat Kegiatan Guru Mantin, Negeri Sembilan. Beliau mula bertugas di BTPN WPKL pada hari Khamis,16 Mac 2017.

Semoga kedatangan beliau dapat melancarkan lagi aktiviti di BTPN WPKL dan dapat membantu meningkatkan keberkesanan budaya penggunaan teknologi pendidikan dalam kalangan guru dan murid di sekolah-sekolah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

 

Khidmat Bantu Pusat Sumber Sekolah 
SKPK (Penglihatan) Jalan Batu

Aktiviti PKG
Khidmat bantu PSS telah dilaksanakan dengan jayanya di SKPK (Penglihatan) Jalan Batu pada 6 Mac 2017 yang berfokuskan aplikasi Senayan. Lihat selanjutnya...

 

 

Khidmat Bantu ICT PKG Sentul
SMK Sentul Utama

Aktiviti PKG

Khidmat bantu ICT telah diadakan di SMK Sentul Utama pada 1 sehingga 3 Mac 2017 yang lalu. Khidmat bantu pada kali ini melibatkan beberapa orang Pegawai dan Penolong Pegawai Teknologi Maklumat (PPTM). Lihat selanjutnya...



 

 
«StartPrev12345678910NextEnd»

Page 2 of 75
Joomla 1.5 themes by Lonex.

Dasar Privasi | Dasar Keselamatan | Penafian | Hakcipta | W3C CSS | W3C XHTML



Paparan Terbaik : Internet Explorer 7.0 dan ke atas (1024 x 768 pixels)
© Hakcipta oleh Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur 2010 ©